Friday, 23 September 2022

Jihad Melawan Anxiety. Kah!

 Assalamualaikum and hi!

Kembali lagi dalam sesi diari digital fafa (rasanya dah boleh buat satu label ni hahaha)

Kali ni aku ke Shah Alam (sekali lagi) untuk tengok persembahan rakan sefakulti. Sekalilah nak sokong member. Tapi kan, sebenarnya aku ingat aku tak dapat pergi tau. Sebabnya, elaun enu & artikel tak masuk lagi. Kalau aku pergi juga, mau aku tidur masjid uitm (itu pun kalau tak kena halau. hahaha)

Tapi, itulah... orang kata kalau niat kita ikhlas, Insya-Allah semua dipermudah. Hari selasa elaun enu dan artikel masuk serentak terus aku mintak detail event lepas tu aku terus booking hotel.Walaupun elaun aku tak ada lah banyak mana, tapi aku pejam jelah mata. Seronok bila tengok orang teruja kita nak datang bagi sokongan. Bagi aku tu pun dah cukup untuk aku rasa duit yang aku keluarkan tu berbaloi. But the thing is, bukan soal kos yang aku nak cerita... Tapi unexpected event yang menghuru-harakan diri aku.

Member aku minta aku jadi support untuk persembahan sajak dia. Jadi aku setuju jela. Tak sangka pula bila aku sampai je galeri, pung pang pung pang aku kena perform satu puisi. Aku iyakan aja. Terus terang aku kata, aku suka buat persembahan. Ingat lagi masa aku menari di Makan Malam Protokol LG241, wah tak beragak ya aku punya tarian tu. Cuma segalanya berubah lepas pandemik. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh develop anxiety ni. Mungkin asalnya sebab tekanan ODL kot. Mungkin la

Berbalik kepada persembahan tu, jam-jam terakhir sebelum aku dengan member aku buat persembahan, aku mula rasa anxious. Aku rasa nafas aku tersekat, berpeluh, menggeletar. Aku cuba untuk relaks tapi tak boleh. Mujur member aku call dan aku terus minta nak balik hotel dengan alasan nak ambil baju persembahan (eh memang nak ambik baju la haha). Sampai je dekat hotel, aku terus menangis. aku tak tahu kenapa. Terasa macam ada beban aku tengah pikul. Aku rasa susah nak bernafas. Terus otak aku teringat circa 2021. Ketika doktor kata aku mungkin ada anxiety dan cuba pujuk aku untuk berjumpa dengan kaunselor dan psikiatri. Aku kata aku okay. Padahal aku tahu yang doktor tahu aku tak okay. Suara bergetar dan mata berkaca setiap kali doktor tanya.. Mana mungkin keadaan ni menunjukkan aku okay. Tapi doktor tak paksa dan kes aku ditutup pada pertemuan ketiga.

Selama aku cuba untuk kembalikan diri aku, selalu aku gagal. Usaha aku selalunya akan berakhir dengan aku susah bernafas dan aku menangis kerana terasa gagal. Aku ada juga terfikir. Mungkinkah sebabnya aku anak tunggal. Tak ada tempat untuk bercakap. Ditambah pula dengan keluarga besar yang sering sinis merendahkan aku. Masa aku jadi enumerator pun aku kira sepupu aku boleh bantu aku atasi anxiety aku. Tak. Riak sinis dia setiap sekali aku tak mampu nak dekati responden buat aku sakit hati dan menangis setiap kali balik hotel.

dan aku kira, persembahan puisi aku pun akan jadi macam ni. Betapa su'udzon nya aku. Tapi suasana di galeri buat aku rasa dihargai dan aku rasa diyakini. Terus terang aku cakap, aku tak terasa aku berada dalam satu suasana yang negatif setiap kali aku ada rehearsal dengan member aku atau madam. Tapi aku masih berjaga-jaga. Risau sekiranya aku terlalu selesa dengan suasana ni, nanti aku akan jadi tak bersedia sekiranya ada apa-apa yang negatif tiba. 

Percaya atau tidak, aku berjaya. Buat pertama kali semenjak aku didiagnos dan disyaki ada anxiety, aku tak gugup ketika membaca puisi. Masa aku buat persembahan pun, aku rasa sangat, sangat, sangat selesa. Terima kasih semua.

Dah rupa makcik bawang nak gi rewang eh

Tapi, cerita tadi tak terhenti setakat itu. Masa aku duduk dalam komuter, tiba-tiba aku rasa sebak. Aku asyik fikir, kenapa aku tak jumpa ramai kawan yang baik macam ni? Okay, dahlah. aku taknak cakap pasal ni. Risau aku kalau orang fikir entri harini ditulis sebab aku ada perasaan pada sesiapa. Cukup lah semalam bertalu-talu ucapan selamat pengantin baru aku dapat di whatsapp dan instagram. (hm, kengkawan saya memang gubluk) Lillahi taala eh aku takde nak main-main perasaan,

Cuma aku nak cakap, terima kasih dekat member aku sebab sudi berkongsi 'pentas' dengan aku yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab yakin dengan aku. Harap kau tak serik nak berkawan dengan aku lagi lepas ni. hahaha.

Sebenarnya banyak lagi yang ada dalam fikiran aku. Yang aku khayalkan sepanjang perjalanan daripada Padang Jawa ke Kuala Kubu Bharu. Tapi tak terluah. (nanti kalau luah kang, jadi lagi panjang, menangis. Hahaha)

Terima kasih sudi baca (ada yang baca ke? Siapa lagi yang still baca blog beb?)

awww ayunyah~

Nur Fahada
23.09.22, KL Sentral

No comments:

Post a Comment